Friday 22 April 2011

"....kalau tidak, tak jadi lah cerita...."

Spring 2009 - Deutsche Französische Garten

Aku ni suka tengok drama Korea. Baru je mula minatnya. So zaman-zaman Winter Sonata dulu aku tak join lagi lah. Aku mula minat sejak duduk dengan cousin aku ni. Wife dia suka tengok cerita 'My Girl' kat channel 393 tuh. Aku mula-mula tumpang sekaki, bila dah lama-lama, tumpang dua kaki lah hehehe.
Sekarang ni aku tengok cerita 'Love You A Thousand Times'.

Hari ni yang tetiba aje rasa nak menulis pasal drama ni sebabnya, episod hari ni sungguh menggeramkan dan telah menyedarkan aku tentang apa yang mak aku selalu cakap bila aku over-emo bila tengok tv. Episod hari ni, pasal Kang Ho dah dapat tahu bahawa Eu-Nim adalah ibu tumpang pada anak buah dia, anak pada abang dia. Oleh kerana Eu-Nim tak pernah cerita apa-apa pada Kang Ho jadi mengamuk lah Kang Ho, dan bermula lah spekulasi buruk yang bermacam-macam. Biasa lah, manusia, kita tak mahu hati kita dilukai, jadi untuk mempersiapkan diri kita dengan berita yang tidak menyenangkan, kita akan selalu memikirkan perkara yang paling buruk, kalau omputih sebut defense mechanisme secara emosi.

Kalau Eu-Nim dari awal dah bercerita ke Kang Ho kenapa dia menolak cinta Kang Ho pada awalnya, tentu.....tak jadi macam sekarang ni.

Itu yang tiba-tiba masa meggosok kain lepas cerita tu abis, aku teringat mak aku selalu cakap '...kalau tak, tak jadi lah cerita....'. Baru lah sekarang ni mende tu meresap dalam pemikiran kognitif aku nih.

Dan memang macam tu lah trendnya drama-drama ni, baik Korea, baik Omputih, apa lagi Melayu, contoh paling baru, drama 'Trilogi Cinta' tu lah. Eishhh....kalau kisah benar, dah gila meroyan dah si Gie tu.

Walaupun, ramai yang kata, drama-drama ni mencerminkan kehidupan sebenar masyarakat, aku mengharapkan proses kognitif penonton Malaysia, lebih cekap dari aku, dan dapat menilai bahawa ianya hanya drama dan tak perlu lah dijadikan contoh kononnya nak berbuat baik, tapi memakan diri. Sebaliknya, jadikan ia panduan, supaya kita tak berahsia dengan pasangan kita, tempat kita bercerita dan bermanja, nama pun teman hidup, bukan teman di tempat tidur saja.

No comments:

Post a Comment